BM | EN | 中文

60 peratus daripada peruntukan RM18.8 juta telah disalur kepada peniaga, PKS Johor

ayub-jamil.png
Advertisement

BATU PAHAT, 19 OGOS: Sebanyak 60 peratus daripada peruntukan RM18.8 juta bantuan telah disalurkan kepada peniaga atau perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Johor.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Ayub Jamil berkata is merangkumi bantuan di bawah Agenda Johor Berkebajikan dan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0.

Katanya, bantuan tersebut telah memanfaatkan 19,517 peniaga di 16 PBT di negeri ini termasuk penyewa premis PBT dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), peniaga pasar malam, peniaga pasar pagi, peniaga pasar tani, penjaja dan peniaga uptown.

Advertisement

“Kami juga dapati 40 peratus peniaga yang belum menerima bantuan merupakan peniaga yang mempunyai masalah tertentu seperti pihak PBT tidak mempunyai akaun bank mereka serta peniaga gagal dihubungi dan masing-masing kini dalam usaha untuk diberikan bantuan.

“Melalui PRE lhsan Johor 3.0, kami turut memberikan bantuan secara sekali bed (one off) kepada pengusaha kedai gunting rambut dan salun berjumlah RM500 seorang sama seperti yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika penyerahan Bantuan One Off Sektor PKS dan Sektor Masyarakat serta Modal Insan dalam kawasan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) yang turut dihadiri Yang Dipertua MPBP Kamalludin Jamal, di sini hari ini.

Advertisement

Menurut Ayub lagi, bagi kawasan MPBP seramai 1,683 peniaga menerima inisiatif berkenaan dengan nilai bantuan RM841,500.

“la melibatkan seramai 906 peniaga pasar lambak dan penjaja; 114 peniaga pasar tani; 397 penyewa gerai dan pasar MPBP dan 266 peniaga kedai gunting rambut serta salun,” katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top