BM | EN | 中文

60 orang Pegawai Bomba KB19 naik pangkat

bomba-3.jpg

Yahaya Madis (tengah) bergambar bersama anggota bomba yang dinaikkan pangkat sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Januari 2020 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor di Dewan Bakawali, Ibu Pejabat JBPM Johor.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 JAN: Seramai 60 orang Pegawai Bomba KB19 yang dinaikan pangkat kepada Pegawai Bomba Kanan I menerima tanda pangkat sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Januari 2020 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor di Dewan Bakawali, Ibu Pejabat JBPM Johor, di sini hari ini.

Pengarah JBPM Johor, Datuk Yahaya Madis berkata, pihaknya berharap kenaikan pangkat itu akan meningkatkan semangat dan komitmen anggotanya dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

“Sesungguhnya pangkat tersebut adalah satu amanah yang besar untuk dipikul dan bukan lah satu kemegahan yang dimiliki.

Advertisement

“Saya berharap tuan-tuan dan puan-puan yang akan menggalas amanah tersebut dapat memikulnya dengan jujur dan ikhlas dalam pekerjaan,” katanya ketika berucap merasmikan majlis itu.

Dalam pada itu, Yahaya berkata, dalam mendepani tahun baru yang tidak diketahui apakah cabaran dan dugaan yang bakal ditempuhi, semua anggota haruslah bekerjasama sebagai satu pasukan dalam memacu jabatan menjadi sebuah organisasi yang berprestasi tinggi.

Katanya, setiap jabatan mempunyai hierarki tersendiri iaitu diperingkat balai contohnya adanya penyelia dan ketua balai.

Advertisement

“Jabatan ini juga ada pengarah, timbalan pengarah, penolong-penolong pengarah dan lain-lainnya namun mereka tidak boleh bergerak dengan sendiri tanpa kerjasama padu daripada semua.

“Bekerja sebagai sebuah pasukan dan organisasi haruslah saling hormat-menghormati. Perpaduan dan kerjasama yang erat dapat menaikkan lagi nama jabatan dan menjadikan setiap pekerjaan lebih mudah,” katanya lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top