BM | EN | 中文

60 anak yatim rasai pengalaman naiki pesawat ringan 

IMG-20191222-WA0000.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 DIS: Seramai 60 orang anak yatim merasai pengalaman menaiki pesawat ringan (lightaircraft) sempena Program Tahunan Amal Krismas yang dianjurkan Fras Flying Club di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, semalam.

Melalui program ini, anak yatim dari Persatuan Kebajikan Al Zaraffee Johor dan Rumah Kebajikan Baitul Magrifah berpeluang menaiki pesawat ringan mengelilingi sekitar Senai selama 20 minit.

Selain itu, program amal ini juga memberi peluang kepada mereka mengambil gambar dalam kokpit di samping pelbagai program dan permainan menarik.

Advertisement

Menurut Datuk Abdul Karim Alavi, tujuan kelab ini untuk merealisasikan impian kanak-kanak untuk merasai pengalaman menaiki pesawat dan berada di ruang angkasa.

“Melalui program ini, anak-anak yatim dapat didedahkan dengan dunia penerbangan disamping dapat memberi inspirasi untuk mereka menceburi bidang ini,” katanya.

Ketika ditanya mengenai objektif kelab, Abdul Karim berkata tujuannya memberi pendedahan dan membuka peluang kepada generasi muda mengikuti program dan bengkel pemandu pesawat ringan”

Advertisement

“Kami berharap kelab ini juga jadi jambatan kepada semua golongan lapisan masyarakat untuk didedahkan dengan dunia penerbangan,” kata Abdul Karim.

Anak yatim mengikuti program ini, Mohd Nabil bin Zamzani, 9, gembira kerana dapat menikmati pengalaman ini bersama abangnya, Mohd Afiq Zamzani, 11.

“Pengalaman terbang sangat menarik, kami dapat lihat semuanya dari atas

Advertisement

“Kalau diberi peluang kedua, kami pun nak naik lagi” seloroh Nabil kepada wartawan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top