BM | EN | 中文

6 HARI DI PANGGUNG, ‘SANGKAR’ PUNGUT RM6 JUTA

WhatsApp-Image-2019-09-06-at-10.27.22-AM.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 SEPT: Kutipan filem Sangkar kini hampir mencecah RM6 juta walaupun baru enam hari ditayangkan di pawagam.

Menurut laporan Harian Metro, filem yang mengetengahkan kisah sukan seni bela diri campuran (MMA) itu juga menerima lebih 350,000 penonton ke pawagam sejak ditayangkan pada 29 Ogos lalu.

Penerbit Eksekutif Infinitus Gold, Gayatri Su-lin Pillai berkata, pihaknya terharu dengan sambutan luar biasa yang diberikan oleh penonton terhadap filem lakonan hebat Zul Ariffin, Remy Ishak dan Mira Filzah itu.

Advertisement

“Tidak saya nafikan elemen aksi dan drama dipaparkan antara sebab mengapa ramai yang suka dengan filem ini,” katanya.

Gayatri juga berkata, dia berharap kutipan filem itu akan terus meningkat dan mencatat jumlah kutipan tertinggi lebih-lebih lagi apabila filem Sangkar ditayangkan juga di Singapura dan Brunei.

“Terima kasih kepada yang menonton dan teruskanlah menyokong serta beramai-ramai ke pawagam menonton filem ini,” katanya.

Advertisement

Filem Sangkar diterbitkan oleh empat syarikat perfileman tempatan iaitu Infinitus Gold, Primeworks Studios, Astro Shaw dan MM2 Entertainment.

 

Sumber: Harian Metro

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top