BM | EN | 中文

585 premis seluruh Johor telah disanitasi – Exco

Vidyananthan-Ramanadhan.jpg

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 12 APR: Sehingga hari ini, sebanyak 585 lokasi seluruh negeri Johor merangkumi pelbagai jenis premis telah disanitasi.

Perkara tersebut dinyatakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berhubung situasi semasa kes Covid-19 di Johor, hari ini.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor telah melaksanakan operasi Sanitasi Awam Covid-19 di semua daerah di negeri Johor dengan kerjasama SWCorp, PDRM, RELA, SWM,PBT dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor.

Advertisement

“Operasi yang telah dilaksanakan sejak 28 Mac sehingga 11 April 2020 bermula jam 9.00 pagi sehingga lewat malam.

“Secara keseluruhan operasi ini telah dilaksanakan di 585 lokasi seluruh negeri Johor merangkumi pelbagai jenis premis,” kata Vidyananthan dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau turut memaklumkan purata peratusan terhadap pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Negeri Johor pada 11
April 2020 sedikit penurunan iaitu 96.74 peratus berbanding 97.25 peratus pada 11 April 2020.

Advertisement

“Adalah ditekankan kepada semua, amat penting bagi kita untuk mematuhi penguatkuasaan PKP ini dengan terus berada di rumah serta menjaga kesihatan diri, iaitu membersihkan tangan selalu menggunakan sabun atau cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) serta menjaga jarak sosial 1 meter sebagai langkah untuk memutuskan rantaian Covid-19.

“Saya juga ingin memaklumkan dan meyakinkan tuan-tuan dan puan-puan bahawa pihak kerajaan negeri sentiasa komited dalam memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top