BM | EN | 中文

585 MURID CERIA TERIMA BANTUAN YAYASAN PENYAYANG ISKANDAR PUTERI

IMG-20191122-WA0005.jpg
Advertisement

 

JOHOR BAHRU, 22 NOV: Keceriaan jelas tergambar pada wajah 585 pelajar asnaf apabila diberikan peluang untuk memilih sendiri barangan keperluan sekolah mereka di Mydin Mall Mutiara Rini, hari ini.

Bantuan awal persekolahan 2020, melalui inisiatif Penyayang Iskandar Puteri diperuntukkan kepada penerima dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Iskandar, dengan setiap murid menerima bantuan RM100 seorang.

Advertisement

B. Muniswari (kanan) menemani anaknya memilih peralatan tulis di program tersebut.

Seorang ibu tunggal, B. Muniswari, 38, mengucapkan terima kasih kepada pihak yayasan kerana bantuan tersebut sedikit sebanyak membantu persiapan anaknya bagi sesi persekolahan tahun hadapan.

“Ini merupakan kali pertama saya dipilih untuk bantuan seperti ini. Saya amat terharu dengan keprihatinan yang diberikan kepada golongan seperti kami,” katanya ketika ditemui di sini.

Manakala bagi seorang pembantu kedai Zuraidah Shamshudin, 38, berkata bantuan persekolahan itu ternyata dapat meringankan beban kerana beliau merupakan penjaga kepada tiga orang anak kakaknya.

Advertisement

“Sejak kakak saya meninggal dunia enam tahun lalu, saya bertanggungjawab membesarkan tiga orang anaknya yang berumur 14 hingga 16 tahun.

Zuraidah (kanan) ketika menemani anak saudaranya memilih barang keperluan sekolah di sini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak yayasan kerana sebelum ini persiapan persekolahan mereka saya yang harus sediakan perbelanjaannya,” katanya.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Penyayang Iskandar Puteri Rozita Abdul berkata, untuk tahun ini seramai 1,000 penerima dari DUN Kota Iskandar, Skudai dan Perling akan mendapat bantuan.

Advertisement

Tambahnya, pihak yayasan memperuntukkan RM100,000 dan penerima merupakan golongan asnaf dan B40.

“Pada hari ini seramai 585 murid dari DUN Kota Iskandar menerima bantuan. Pada 4 Disember nanti bantuan akan diagihkan kepada murid-murid di kawasan DUN Perling dan Skudai,” katanya.

Yayasan Penyayang Iskandar Puteri ditubuhkan sejak 2014 dan dana diperoleh dari sumbangan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) iaitu melalui hasil cukai yang dibayar masyarat setempat kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Advertisement

Selain program bantuan awal persekolahan, Yayasan Penyayang Iskandar Puteri turut menyediakan bantuan untuk pesakit kronik, mereka yang hilang punca pendapatan (kematian suami), mangsa kebakaran rumah dan mangsa bencana alam.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top