BM | EN | 中文

583 GOL DARIPADA JDT

JDT-goal.jpg

JOHOR BAHRU, 8 OKT : Sebanyak 583 jaringan telah direkodkan oleh pasukan Johor Darul Ta’zim  (JDT) sejak 2013 sehingga kini, menurut laman sosial Facebook Southern Tigers (JST), hari ini.

Daripada jumlah tersebut, 491 gol dihasilkan melalui perlawanan liga dan piala tempatan.

Manakala, 309 gol untuk Liga Super Malaysia, 132 gol untuk Piala Malaysia dan 50 gol untuk Piala FA.

Selain itu, 92 gol terhasil melalui piala dan liga peringkat Asia dan 83 gol untuk Piala AFC, empat gol untuk Liga Juara-Juara AFC dan lima gol untuk kelayakan Liga Juara-Juara AFC.

Melalui laman sosial yang sama, rata-rata netizen khususnya penyokong JDT mengucapkan tahniah mendoakan pasukan bola sepak dari selatan ini terus cemerlang.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top