BM | EN | 中文

57 usahawan wanita bumiputera terima DanaNITA berjumlah RM1.75 juta bagi Jan-Jun

DanaNITA.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 SEPT: Bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, seramai 57 usahawan wanita bumiputera telah diluluskan untuk menerima kemudahan Skim Pembiayaan Perniagaan Dananita (DanaNITA) berjumlah RM1.75 juta yang disediakan oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara), kata Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) II Datuk Henry Sum Agong.

Beliau berkata skim itu bertujuan melahirkan lebih ramai usahawan wanita supaya dapat bersama-sama meningkatkan pendapatan isi rumah.

“Di bawah DanaNITA, usahawan wanita akan dikecualikan daripada beberapa syarat asas yang dikenakan dalam skim pembiayaan lain seperti tidak perlu menduduki ujian psikometrik dan tidak diwajibkan membuka akaun semasa.

Advertisement

“Had pembiayaan pula ialah hingga RM50,000 dengan tempoh bayaran balik maksimum 10 tahun tertakluk kepada jumlah pembiayaan,” kata beliau ketika berucap merasmikan Seminar Kepimpinan Wanita Luar Bandar Negeri Johor, di sini hari ini.

Katanya tahun lalu, pembiayaan DanaNITA itu berjaya memanfaatkan 234 usahawan membabitkan peruntukan berjumlah RM6.6 juta.

Skim ini merupakan inisiatif yang berterusan, justeru usahawan yang berminat dipelawa untuk memohon, katanya.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top