BM | EN | 中文

56 mangsa banjir masih ditempatkan di dua PPS

poster-banjir.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 JAN: Jumlah mangsa banjir di negeri ini semakin berkurangan apabila hanya seramai 56 mangsa terdiri daripada 13 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir, di negeri ini setakat jam 4 petang, hari ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, dua daerah yang masih terjejas adalah Kulai dan Pontian.

“Setakat jam 4 petang ini, seramai 56 mangsa masih ditempatkan di dua buah PPS yang dibuka akibat banjir.

Advertisement

“Dua buah PPS itu adalah di Balai Raya Kampung Baru Saleng; Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Bunian dan.

“Sementara itu, dua PPS yang telah ditutup adalah di SK Jubli Intan, Renggam dan Dewan Raya Kampung Batu 10,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top