BM | EN | 中文

56 Adun Johor bakal terima peruntukan tetap RM200,000 setahun

Hasni-Mohammad-MB-Johor.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 18 NOV: Kesemua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk danpada pembangkang akan menerima peruntukan tetap RM200.000 setahun.

Perkara itu diumumkan Menteri Besar Johor Datuk Flasni Mohammad ketika membentangkan Belanjawan 2022 negeri pada Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-14, hari ini.

Beliau berkata peruntukan itu adalah bagi tujuan pengurusan dan pentadbiran di kawasan DUN masing-masing serta peruntukan kerja-kerja kecil dan bekalan.

Advertisement

“Kerajaan negeri juga bersetuju untuk memberikan tambahan RM50,000 bagi setiap ADUN bagi tujuan perayaan-perayaan besar seperti Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan lain-lain,” katanya ketika membentangkan belanjawan Ku di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sin’ hari ini.

Hasni berkata bagi merealisasikan objektif Belanjawan 2022, kerajaan negeri memerlukan kerjasama daripada semua pihak termasuk ADUN pembangkang.

“Dengan slogan rasml ‘Muafakat itu Berkat’, kita perlu bersolidariti, bekerjasama, menggembleng seluruh tenaga dan pemikiran untuk menjayakan pelan-pelan ekonomi dan sosial sepertimana yang digariskan dalam Belanjawan tahun depan.

Advertisement

“Ini temasuklah kesemua Ahli-ahli Yang Berhorrnat yang diamanahkan sebagai wakil rakyat. Rakyat sudah muak dengan sentimen politik assabiyah.

“Di bawah pentadbiran saya, kita sentiasa bersikap minda terbuka dan berlapang dada untuk menerima pandangan, kritikan dan cadangan konstruktit,” katanya.

Justeru, beliau berharap peruntukan yang diberikan itu sedikit sebanyak dapat melegakan setiap ADUN dalam menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

Advertisement

Selain itu, beliau berkata kerajaan negeri juga bersetuju untuk menjemput ADUN pembangkang untuk menyertai mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) sebagai pemerhati.

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top