BM | EN | 中文

5,539 pemandu teksi, bas sekolah di Selangor dapat bantuan makanan sejak Januari 2021

5539-pemandu-teksi-bas-sekolah-dapat-bantuan-makanan-sejak-Januari.jpg
Advertisement

SHAH ALAM, 25 OGOS: Seramai 5,539 pemandu teksi, van dan bas sekolah di seluruh Selangor yang terjejas pendapatan akibat pandemik mendapat bantuan makanan.

Exco Pengangkutan Awam Selangor, Ng Sze Han berkata bantuan bernilai RM100 yang diagihkan sejak Januari tahun ini membabitkan peruntukan keseluruhan RM553,900.

Ng Sze Han

“Pengedaran bakul makanan ini dilaksana Yayasan Food Bank Malaysia dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan dan diselaras Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.

Advertisement

“Kerajaan Negeri akan memastikan tiada golongan tertinggal dalam sebarang bentuk bantuan pada masa akan datang agar lebih ramai dapat menikmatinya demi kelangsungan hidup,” katanya, lapor SelangorKini.

Beliau menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik Mohd Najwan Halimi berhubung kebajikan pemandu teksi, van dan bas pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Inisiatif bakul makanan antara yang terangkum dalam Pakej Kita Selangor, yang turut memanfaatkan penyewa projek perumahan rakyat, pemandu lori sisa pepejal kendalian KDEBWM dan Orang Asal.

Advertisement

Bantuan itu sekali lagi diumumkan pada Jun lalu melalui Pakej Kita Selangor 2.0 dan diperluas kepada ibu tunggal, orang kelainan upaya dan pesakit Covid-19.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top