BM | EN | 中文

55 notis pengesahan maklumat dikeluarkan kepada peniaga ayam di seluruh Johor

harga-ayam-mahal.png

Gambar Hiasan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 MEI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor telah menjalankan pemeriksaan secara proaktif ke atas semua peniaga serta penjual ayam di peringkat pemborong dan peruncit apabila berlaku kenaikan harga.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar R. Vidyananthan berkata, lanjutan itu KPDNHEP Johor mengeluarkan 55 notis pengesahan maklumat bagi mendapatkan penjelasan berhubung kenaikan harga tersebut.

“Sehingga 17 Mei, sejumlah 55 Notis Pengesahan Maklumat telah dikeluarkan kepada peniaga ayam bagi mendapatkan penjelasan berhubung kenaikan harga jualan ayam.

Advertisement

“Sekiranya peniaga dengan sengaja atau gagal menunjukkan bukti munasabah bahawa kenaikan harga adalah kerana peningkatan dalam kos, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka,” kata Vidyananthan dalam kenyataanya hari ini.

KPDNHEP Johor dalam satu kenyataan pada 17 Mei berkata, pihaknya menyiasat lima pemborong utama ayam di negeri berikutan kenaikan harga jualan ayam yang mendadak di Johor.

Siasatan susulan aduan diterima KPDNHEP berhubung kenaikan harga jualan ayam di premis-premis runcit seluruh negeri ini yang mencetuskan kegusaran pengguna yang akan menyambut perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Advertisement

Difahamkan sebanyak 71 pemeriksaan dijalankan dengan tumpuan utama ke atas gerai di pasar-pasar awam dan daripada 71 premis yang diperiksa, 37 peruncit telah diberikan notis bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kenaikan harga.

KPDNHEP memberitahu siasatan awal menunjukkan kenaikan harga ayam berkenaan berlaku dalam masa satu minggu kebelakangan ini.

Sertai telegram Johorkini untuk mengetahui berita dan isu-isu semasa di Johor

Advertisement

Dalam pada itu Vidyananthan berkata, pemeriksaan bekalan makanan semasa musim perayaan hasil yang dijalankan KPDNHEP Johor menunjukkan ia mencukupi.

“Pemeriksaan yang dijalankan secara menyeluruh terhadap itga sektor utama iaitu pengilang, pemborong serta peruncit menunjukkan tidak berlaku sebarang kekurangan bekalan makanan dan kuantiti bekalan mencukupi bagi musim perayaan.

“Pemeriksaan juga mendapati antara barangan yang mendapat permintaan tinggi semasa musim perayaan adalah seperti gula, minyak masak, tepung gandum, beras, telur ayam, ayam segar dan sayur-sayuran,” ujarnya lanjut.

Advertisement

Dalam pada itu beliau mengingatkan orang ramai untuk membuat aduan kepada KPDNHEP sekiranya terdapat sebarang pelanggaran peraturan oleh peniaga ke talian berikut:

a) Talian 03-8000 8000 Malaysia Government Call Centre (MYGCC)
b) Call Centre 1800 886 800
c) Nombor Bilik Enforcement Command Centre (ECC) Johor iaitu 07-2272811
d) Nombor Aduan Whatsapp KPDNHEP iaitu 019- 279 4317
e) Emel e-aduan@kpdnhep.gov.my
f) Aplikasi telefon pintar Ez ADU
g) Lapor/hadir ke mana-mana Pejabat Cawangan Daerah KPDNHEP di seluruh negeri Johor.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top