BM | EN | 中文

55 MANGSA BANJIR, RIBUT BATU PAHAT MASIH BERADA DI PPS

khuzzan-lawat-mangsa-ribut-1.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 26 OKT: Seramai 55 mangsa banjir dan ribut daripada 13 keluarga masih ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Batu Pahat, setakat jam 12.00 tengah hari ini.

Bilangan tersebut tidak berubah sejak pagi tadi membabitkan penduduk dari Kampung Sungai Kajang, Bagan dan kawasan sekitar Kompleks Peladang Batu Pahat Tongkang Pecah.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon dalam satu kenyataan memakumkan seramai 16 mangsa daripada tiga keluarga berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kajang dan 39 mangsa daripada 10 keluarga lagi berada di SK Seri Binjai.

Advertisement

Dalam pada itu, di Pontian dua PPS iaitu SK Sri Bukit Panjang dan SK Kampung Parit Hj Adnan ditutup malam tadi dan 159 mangsa daripada 36 keluarga dibenarkan pulang.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top