BM | EN | 中文

54,351 peserta projek P&P Felcra terima agihan keuntungan RM49.57 juta

Felcra.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 25 DIS: Felcra Berhad (Felcra) akan mengagihkan bayaran keuntungan berjumlah RM49.57 juta kepada 54,351 peserta projek Penyatuan dan Pemulihan (P&P), bagi tempoh interim 2/2020 Mei hingga Ogos lepas.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata, keuntungan itu adalah daripada 519 projek dan agihan tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat, bermula 28 Dis ini.

Beliau berkata pembayaran bagi tempoh interim 1/2020 (Januari hingga April) berjumlah RM28.07 juta telah dibuat pada Ogos lepas kepada 57,886 orang peserta, daripada 520 buah projek yang untung.

Advertisement

“Ini banyak, RM49.57 juta (interim 2/2020) campur RM28.07 juta (interim 1/2020), hampir RM78 juta dengan negeri paling banyak dapat (keuntungan) adalah Pahang, sebab banyak tanah,” katanya pada Majlis Pengisytiharan dan Penyerahan Interim Keuntungan Boleh Agih 2/2020 dan Penyampaian Bantuan Sara Hidup B40 Felcra Berhad semalam yang turut dihadiri Pengerusi Felcra Yamani Hafez Musa.

Berdasarkan pecahan mengikut negeri, Pahang mencatatkan agihan keuntungan tertinggi bagi tempoh interim 2/2020, dengan jumlah RM14.05 juta diikuti Perak (RM9.93 juta) dan Johor (RM8.81 juta).

Dalam pada itu, Abd Latiff berkata Kementerian Pembangunan Luar Bandar merancang untuk membina satu sistem berkaitan penuaian hasil tanaman, yang memfokuskan kepada golongan belia bagi menggantikan tenaga kerja warga asing.

Advertisement

“… dengan pendapatan dan skill berpatutan, kita boleh minta belia terus berada di ladang, bukan lagi pekerja asing,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas majlis itu.

Bernama

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top