BM | EN | 中文

54 ahli parlimen wakili kawasan Felda perlu bawa suara akar umbi

Mazlan-Aliman_Felda.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 3 NOV: Isu kelemahan, kesilapan urus tadbir, penyelewengan dan salah guna kuasa berkaitan Felda telah dibincang dan dilaporkan dalam pembentangan Kertas Putih Felda di parlimen pada April 2019.

Justeru itu, Pengerusi Majlis Permuafakatan Ngo-Ngo Felda (MPNF), Datuk Mazlan Aliman berharap isu berkaitan Felda ini diperjuangkan oleh 54 ahli parlimen yang mewakili kawasan Felda pada sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung.

“Perbincangan segera antara Felda dengan FGV harus dimulakan sekaligus menamatkan spekulasi usaha pihak ketiga yang bercita-cita mengambil alih tanah pajakan seluas 350,733 hektar.

Advertisement

“Pelan pemulihan Felda dari Kertas Putih dan kesinambungannya oleh Pasukan petugas Khas yang diketuai Tan Sri Wahid Omar telah pun dibentangkan kepada jemaah menteri 14 Oktober yang lalu.

“Saya mengharapkan peranan ahli parlimen khususnya di 54 kerusi parlimen Felda pada sidang Dewan Rakyat dan pembentangan Bajet 2021 pada 6 November akan membawa sinar di hujung terowong,” kata Mazlan dalam satu kenyataan.

Tambah beliau pengumuman kerajaan menerima cadangan terbitan sukuk bernilai RM 9.9 billion oleh Felda dengan jaminan kerajaan adalah sangat dialu-alukan.

Advertisement

Beliau yang merupakan ahli jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) Johor berkata, pembabitan pakar dalam Pasukan Petugas Khas mampu memberi kesan yang baik kepada sektor pertanian.

“Pembabitan pakar-pakar dalam disiplin masing-masing, bekas pegawai kanan Felda, Ngo-Ngo Felda dengan pengurusan tertinggi Felda adalah kombinasi menyeluruh yang dijangka akan dilihat kesannya pada tahun 2023.

“Cukuplah derita yang dialami peneroka dan Generasi Baharu Felda akibat kerakusan mereka yang di tampuk kuasa.

Advertisement

“Malaysia Baharu mengimpikan konsolidasi merentasi politik kepartian. Bina semula Felda seperti yang digagaskan Allahyarham Tun Razak dan jangan diulangi pengkhianatan masa lalu dari petualang bangsa sendiri,” katanya lagi

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top