BM | EN | 中文

52,698 ORANG LAYAK MENGUNDI DI TANJUNG PIAI

spr.jpg
Advertisement

 

PONTIAN, 14 NOV : Seramai 52,698 orang daripada 52,986 orang pengundi biasa layak mengundi untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Sabtu ini.

Daripada jumlah tersebut seramai 227 orang telah mengundi secara pos.

Advertisement

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun sehubungan  itu, pihaknya menyeru  semua pengundi supaya keluar melaksanakan tanggungjawab mereka.

“Para pengundi adalah dinasihatkan agar merancang masa dan keluar pada awal pagi serta tidak memilih untuk keluar mengundi di saat-saat akhir walaupun waktu mengundi telah ditetapkan dari jam 8 pagi hingga 5.30 petang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Azhar berkata, bagi pengundi yang telah menerima Kad Pengundi (Voter’s Card) atau yang telah mengetahui maklumat pengundian, mereka boleh terus ke saluran mengundi dan tidak perlu lagi membuat semakan di borang semakan SPR.

Advertisement

“Manakala, bagi pengundi yang tidak menerima Voter’s Card kerana kemungkinan telah berpindah atau belum mengetahui maklumat pengundian, mereka disaran agar membuat semakan lebih awal sebelum hari mengundi.

“Semakan boleh dibuat melalui saluran-saluran iaitu portal semakan daftar pemilih https://pengundi.spr.gov.my atau aplikasi MySPR Semak.

“Selain itu, hotline SPR di talian 03-8892 7018; atau khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 15888 (taip SPR<jarak>SEMAK<jarak>NO. KAD PENGENALAN,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Advertisement

Beliau berkata, semasa membuat semakan, pengundi disaran untuk mencatat dan menyimpan maklumat-maklumat iaitu pusat mengundi, saluran mengundi serta nombor bilangan pemilih,” katanya lagi.

Tambahnya, pengundi turut diingatkan supaya membawa kad pengenalan dan Voter’s Card atau catatan maklumat pengundian serta menunjukkannya kepada Kerani Pengundian Pertama (KP1) di saluran.

“Voter’s Card dan catatan maklumat pengundian itu akan memudahkan KP1 untuk membuat semakan nama pengundi serta membantu kelancaran proses pengundian pada hari mengundi.

Advertisement

“Selain itu, pengundi juga dinasihatkan tidak menyerahkan kad pengenalan mereka kepada mana-mana pihak selain daripada petugas pilihan raya,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top