BM | EN | 中文

52 nelayan asing guna bot nelayan tempatan ditahan di Mersing

52-nelayan-asing-ditahan-guna-bot-nelayan-tempatan.jpg
Advertisement

MERSING, 2 APR: Seramai 52 nelayan warga Vietnam ditahan di atas lapan bot nelayan tempatan kelas C, di sebuah jeti haram terletak pada jarak 3.2 batu nautika dari muara Sungai Endau di sini, Rabu lalu.

Pengarah Maritim Negeri Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata pada kejadian 8.45 malam itu, pada awalnya tiga buah bot yang ditahan selepas dikesan memasuki Sungai Endau dalam keadaan mencurigakan, dan pihaknya bertindak pantas dengan mengatur gerak anggota serta aset bagi membuat pemeriksaan

Pada masa sama, pihaknya turut menerima aduan daripada orang awam berhubung sekumpulan bot nelayan tempatan yang mencurigakan dalam keadaan bertambat di antara satu sama lain di jeti terbabit.

Advertisement

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua bot nelayan tempatan berkenaan dikendalikan kesemua kru tersebut yang dipercayai baru tiba dari Vietnam, berdasarkan pemeriksaan ke atas data dan rekod daripada sistem Global Positioning System (GPS) milik mereka.

“Selain itu, mereka juga mengemukakan dokumen pengenalan diri yang mencurigakan selain lesen bot yang telah tamat tempoh, katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Nurul Hizam berkata, kesemua kru yang ditahan akan dibawa ke Pejabat Zon Maritim Mersing bagi siasatan lanjut dan kes akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Perikanan 1985.

Advertisement

“APMM menyeru kepada seluruh komuniti maritim agar sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan dan sekiranya gagal, tindakan tegas akan dikenakan dan sebarang aduan jenayah maritim bolehlah hubungi talian kecemasan MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-219 9404,” katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top