52 MANGSA DITEMPATKAN DI PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA AKIBAT BANJIR

52 MANGSA DITEMPATKAN DI PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA AKIBAT BANJIR

BATU PAHAT, 4 DIS: Seramai 52 mangsa terdiri daripada 13 buah keluarga di dua perkampungan daerah ini masih ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang telah dibuka setakat ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Negeri Johor dalam satu kenyataan memberitahu, kesemua mangsa itu ditempatkan di Sekolah Agama Sri Comel, di sini.

“Sehingga setakat jam 12 tengah hari ini, seramai 52 mangsa daripada dua buah perkampungan masih ditempatkan di PPS yang dibuka.

“Mereka terdiri daripada 13 buah keluarga yang menetap di Kampung Parit Betong dan Kampung Parit Abdul Hadi,” jelas kenyataan itu.

JohorKini

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )