BM | EN | 中文

510 MANGSA BANJIR DITEMPATKAN ENAM PPS SEJAK PETANG SEMALAM

banjir-1.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 23 OKT : Sebanyak enam pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka sehingga jam 8 pagi ini membabitkan mangsa dari dua daerah Pontian dan Johor Bahru susulan hujan lebat petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar, Tan Chen Choon berkata, kesemua PPS berkenaan menempatkan 111 keluarga dengan jumlah mangsa banjir seramai 510 orang.

Katanya, di Pontian sebanyak lima PPS dibuka yang mana menempatkan 71 keluarga dengan jumlah mangsa seramai 315 orang.

Advertisement

“Di PPS Madrasah Parit Basilam menempatkan enam keluarga dengan 30 orang mangsa. Manakala, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Haji Adnan pula menempatkan seramai 13 keluarga dengan jumlah mangsa seramai 61 orang. Kedua-dua PPS ini dibuka pada jam 6 petang semalam.

“Sementara PPS SK Seri Bukit Panjang dibuka jam 3.30 petang menempatkan 15 keluarga dengan jumlah mangsa 72 orang. Bagi PPS Dewan Masjid Kampung Ulu Pulai yang dibuka jam 12 tengahari pula menempatkan 24 keluarga dengan jumlah mangsa seramai 77.

“PPS Balairaya Kampung Sri Bunian dibuka jam 10.30 malam melibatkan 13 keluarga dan jumlah mangsa 75 orang,”katanya dalam satu kenyataan.

Advertisement

Tambahnya, bagi daerah Johor Bahru melibatkan satu PPS iaitu di SK Kampung Pulai, Gelang Patah yang dibuka pada jam 2.45 petang melibatkan 40 keluarga dengan jumlah mangsa 195 orang.

 

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top