BM | EN | 中文

51 individu jadi ahli kumpulan ‘Geng Otong’ didakwa di Mahkamah Kota Tinggi

geng-otong-kota-tinggi.jpg

Gambar Ehsan Bernama

Advertisement

KOTA TINGGI, 3 JUL: Seramai 51 individu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai ‘Geng Otong’, antara Januari 2015 sehingga Jun tahun ini.

Mereka yang didakwa terdiri daripada 19 lelaki tempatan, dua wanita tempatan, tiga lelaki pemastautin tetap, 24 lelaki warga Indonesia, seorang wanita warga Indonesia dan dua warga Myanmar, berusia antara 21 dan 59 tahun.

Kesemua mereka didakwa atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang itu di daerah Kota Tinggi antara 1 Januari 2015 dan 4 Jun 2020.

Advertisement

Bagaimana, tiada pengakuan direkodkan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zahilah Mohammad Yusoff.

Mereka yang dituduh ialah Mohamed Ahmad, Mohd Hanafiah Kamaruddin, Mohammad Zaheer Ali, Suparman Saharudin, Kamarudin Nurjah, Muslim Abdullah, Norhadiansah Khairdir, Mohd Hanafi Merhati@Mat Rahim, Mohammad Johar Musa, Amat Amaran Abdullah, M Noor M Said, Mohamed Nasir Ali, Mohd Sharil Baharuddin, Tie Boon Kai, Nik Sunita Nik Yahaya, Zulkifli Muhammad Nafi, Ismail Daud dan Safari Harun.

Turut dituduh Mohd Fazlee Mohammad Nazir, Sulaiman Jalal, Nur Izzat Awang, Nariyanto Yunus, Mohd Hassan Awang, Noraspalela Khamis dan Mohd Hamri Maharop.

Advertisement

Warga asing yang dituduh dikenali sebagai Hendra, Dervin, Dafa, Samsul Adi, Mukhlis, Nasup, Hijran, Zul, Tosa Junede, Akmaludin, Bakri, Samsudin, Jufran Ibrahim, Samsudin, Dedi Herman Muliadi, Suriadi, Burhan Rasyid, Supardi, Maurijan, Muanti, Rahmat Tullah Mohammad Ali, Sayedul Amin, Sirry Moh, Shamsul Jale, Lalu Zulkipli dan Medon.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama. Jika sabit kesalahan boleh dihukum dengan penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi daripada 20 tahun.

Terdahulu, pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Putrajaya Idham Abd Ghani dan dibantu Rohaiza Abd Rahman dan Izzat Fauzan, memohon mahkamah agar tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Advertisement

Hakim tidak membenarkan jaminan ke atas kesemua tertuduh dan menetapkan sebutan semula kes pada 27 Ogos ini.

Sementara itu, empat tertuduh diwakili peguam iaitu Sayedul Amin diwakili Peguambela Datin S. Freda, Mohammad Zaheer dan Mohd Sharil diwakili peguam Hassan Zaid dan Muzamil Hariri manakala peguam Mohd Zubairi Salleh mewakili Muslim.

Tertuduh yang lain tidak diwakili peguam.

Advertisement

Terdahulu, kesemua tertuduh tiba dengan menaiki empat trak dan sebuah van polis di bangunan mahkamah yang dikawal ketat seawal pukul 8 pagi.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay turut meninjau perjalanan kes berkenaan.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top