BM | EN | 中文

51 dikompaun di pusat hiburan Johor Bahru, berhibur tak jaga penjarakan fizikal

Berhibur-tak-jaga-penjarakan-fizikal-51-dikompaun-di-pusat-hiburan-Johor-Bahru.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 SEPT: Seramai 51 individu yang sedang berhibur di sebuah pusat hiburan di sini, masing-masing dikenakan kompaun RM1,000 atas kesalahan tidak menjaga penjarakan fizikal, awal pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor ACP Mohd Afzanizam Yahaya berkata, dalam operasi yang dilakukan pada pukul 2.30 pagi itu, kesemua terbabit berusia lingkungan 18 hingga 55 tahun.

Beliau berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 26 tahun yang merupakan pengurus premis tersebut kerana menjalankan perniagaan melebihi masa yang ditetapkan, dalam waktu Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan (PKPP).

Advertisement

Katanya, ujian saringan air kencing mendapati, 19 daripada mereka yang terdiri daripada 12 lelaki tempatan, lima wanita tempatan serta dua wanita warga Vietnam, positif dadah jenis methamphetamine dan ketamin.

“Kesemua 19 mereka akan direman bermula esok di bawah Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Penyakit Berjangkit (PPPPB) 2020 dan ada di antaranya disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 11 (2) Enakmen Negeri Johor.

“Dua wanita warga Vietnam itu juga disiasat di bawah Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63, kerana tinggal melebihi tempoh dibenarkan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top