BM | EN | 中文

50,619 CALON DI JOHOR DUDUKI SPM LIBAT DUA FASA OKTOBER DAN NOVEMBER

SPM-Poster.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 OKT : Seramai 50,619 calon di negeri ini bakal menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang buat pertama kalinya dilangsungkan sebanyak dua fasa.

Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Azman Adnan berkata, fasa satu akan bermula pada 14 hingga 17 Oktober manakala fasa kedua bermula pada 5 hingga 28 November 2019.

“Bagi fasa satu mata pelajaran yang diduduki oleh calon peperiksaan ialah sebanyak 38 mata pelajaran yang terdiri daripada 48 kertas peperiksaan.

Advertisement

“Manakala pada fasa kedua, mata pelajaran yang diduduki oleh calon peperiksaan ialah sebanyak 26 mata pelajaran yang terdiri daripada 48 kertas peperiksaan.

“Di negeri Johor, sebanyak 360 pusat peperiksaan telah dibuka semasa tempoh pendaftaran pada bulan Februari dan Mac lepas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, jumlah calon yang mendaftar peperiksaan SPM ialah seramai 50,619 calon melibatkan 43,657 calon dari Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Advertisement

“Manakala, 798 calon dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan pusat Giat Mara, 138 calon Sekolah Agama Kerajaan Negeri, 3,807 calon sekolah swasta dan 2,219 calon persendirian.

“Di negeri Johor bilangan keseluruhan petugas yang mengurus dan mengendalikan peperiksaan SPM pada tahun 2019 ialah seramai 3,727 orang. Ia melibatkan 123 penyelia kawasan, 360 ketua pengawas, 2,884 pengawas dan 360 pengemas bilik.

“Adalah diharapkan agar calon-calon di negeri Johor yang menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini dapat menduduki peperiksaan dengan tenang dan seterusnya beroleh kejayaan yang cemerlang,” katanya lagi.

Advertisement

Beliau turut berharap petugas peperiksaan dapat melaksanakan tugas dengan amanah dan penuh rasa tanggungjawab serta mempunyai integriti yang tinggi.

Jelasnya, keselesaan suasana dan persekitaran calon ketika menduduki peperiksaan berupaya memberikan keputusan cemerlang kepada calon-calon SPM di negeri Johor pada tahun ini.

 

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top