BM | EN | 中文

502 anggota polis Johor dan keluarga positif Covid-19 sejak Mac 2020

ayob-khan.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 OGOS: Seramai 502 pegawai dan anggota polls di negeri ini serta anggota keluarga mereka direkodkan positif COVID-19 sejak Mac tahun lepas hingga semalam dengan empat kematian akibat wabak itu, kata Ketua Polls Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 282 daripadanya merupakan pegawai dan anggota polls manakala 220 pula adalah anggota keluarga.

“Meninggal dunia disebabkan COVID-19 melibatkan empat kematian iaitu dua pegawai dan anggota serta dua anggota keluarga,” katanya kepada pemberita di sini semalam ketika diminta mengulas mengenai keseluruhan kes positif COVID-19 melibatkan polis Johor.

Advertisement

Menurutnya, jumlah individu yang dikuarantin bagi tempoh sama pula membabitkan seramai 2,518 pegawai dan anggota serta 446 ahli keluarga.

Dalam kes lain, Ayob Khan berkata pihaknya sedang mengesan seorang wanita, Nur Fatin Shaera Md Aris, 27, yang beralamat terakhir di Pos 15, Kampung Para Bingan, Parit Raja dekat Batu Pahat bagi membantu siasatan berkaitan kes pengubahan wang haram.

Beliau berkata wanita itu dikehendaki untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 (Akta 613).

Advertisement

Orang ramai yang mempunyai makiumat mengenai Nur Fatin Shaera boleh menghubungi ASP Ahmad Shamsul Rebu di talian 019-7382140 atau balai polis berhampiran, katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top