BM | EN | 中文

5,000 pengunjung banjiri Tanjung Piai, saksi Gerhana Matahari Cincin

IMG-20191226-WA0019.jpg

Orang ramai menyaksikan gerhana matahari cincin di Tanjung Piai, Pontian

Advertisement

PONTIAN, 26 DIS : Seramai 5,000 pengunjung hadir membanjiri Tanjung Piai, di sini hari ini bagi menyaksikan Gerhana Matahari Cincin di kawasan tersebut.

Kawasan Hujung Benua Asia itu mula dipenuhi oleh orang ramai yang rata-ratanya terdiri daripada ahli astronomi, cendiakawan, pakar, peminat ilmu astronomi dan orang awam sejak jam 9 pagi lagi.

Bermula dengan solat sunat gerhana di Masjid Dato Mohd Noh Gadut Serkat, di sini dan selepas itu acara pendidikan berbentuk sains turut dijalankan di tapak lokasi.

Advertisement

Menurut pelajar bidang astronomi kebudayaan Universiti Malaysia (UM), Nurul Fatini Jaafar, 30 , apa yang berlaku hari ini adalah suatu yang julung kali berlaku di negara ini.

“Kita mahu semua yang datang ke sini bila mereka balik, mereka akan bertanya soal bagaimana terbentuknya gerhana yang berlaku ini.

“Persepsi masyarakat terhadap gerhana berlaku disebabkan sains telah berjaya diterapkan kepada masyarakat ramai, bukan ia berlaku kerana mitos-mitos seperti matahari ditelan naga atau sebaliknya.

Advertisement

“Kita akan usahakan agar pendidikan sains ini menjadi minat terhadap orang ramai kerana pendidikan ini menarik untuk diketahui oleh semua orang,” jelasnya ketika ditanya JohorKini.


Beliau memberitahu, program diadakan ini sangat menarik dan berharap agar pihak penganjur mempromosikannya lebih baik lagi pada masa akan datang.

Dalam pada itu, salah seorang ahli Star Finder Astronomical Society, Micahel Ong, 20 berkata, beliau berasa gembira dengan sambutan orang ramai terhadap gerhana cincin hari ini.

Advertisement

“Pendidikan terhadap kanak-kanak khususnya buat murid sekolah rendah tentang penemuan hari ini dapat diketengahkan supaya mereka tahu tentang bagaimana terjadinya gerhana ini.

“Selain itu, kita akan menarik orang ramai untuk meminati sains kerana pendidikan ini menarik serta ia menghiburkan dan ini perlu dikembangkan,” katanya.

Gerhana Cincin yang berlaku sekitar jam 1.22 petang tadi telah dapat disaksikan dengan jelas apabila keadaan cuaca yang cerah telah menggalakkan lagi orang ramai fenomena itu.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top