BM | EN | 中文

500 peniaga pasar malam Pasir Gudang tertekan kadar sewa dinaikkan

IMG_20220222_111200-scaled.jpg

Dari kiri: Ghazali Endau, Syed Othman Abdullah, Samsori Adam dan Hasimah Ahmad

Advertisement

PASIR GUDANG, 22 Feb: 500 peniaga pasar malam berdepan kebimbangan apabila operasi perniagaan mereka di bawah Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) akan diserahkan kepada sebuah syarikat koperasi, Jauhar Johor Berhad.

Berdasarkan notis bertarikh 9 Februari yang diterima peniaga, peralihan itu akan menyebabkan kadar sewa tapak pasar malam akan berubah kepada RM128 untuk tiga bulan bermula 1 Mac depan.

Kadar sewa itu berbeza sebelum ini iaitu RM300 untuk enam bulan termasuk lesen perniagaan.

Advertisement

Sebanyak sembilan tapak pasar malam berada di bawah pengendalian MBPG sebelum ini.

Antaranya pasar malam Jalan Intan, Taman Masai; Flat Taman Mawar; Jalan Tasik 60 Bandar Seri Alam dan Jalan Siakap, Pasir Putih.

Advertisement

Calon Pakatan Harapan (PH) di DUN N43 Permas, Syed Othman Abdullah berkata, tindakan tersebut tidak sepatutnya berlaku ketika kumpulan peniaga pasar malam masih bergelut selepas hilang peluang perniagaan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebaliknya ujar beliau, satu perbincangan perlu diadakan antara pihak MBPG, syarikat koperasi dan wakil peniaga pasar malam.

“Mereka (peniaga pasar malam) bukan jual barang mewah. Tetapi seperti kita tahu, mereka juga bimbang untuk tampil dengan suasana sekarang.

Advertisement

“Tetapi atas desakan hidup, MBPG dan koperasi perlu buat perjumpaan. Bukan terus keluarkan notis,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di Taman Mawar, dekat sini.

Turut hadir, tiga wakil peniaga pasar malam, Ghazali Endau, Samsori Adam dan Hasimah Ahmad.

Advertisement

Mengulas lanjut, katanya, kerajaan negeri wajar mengambil perhatian ini kerana berdasarkan aduan yang diterima, ramai peniaga yang mengeluh kerana pendapatan merosot teruk.

Dilaporkan hampir 97 peratus peniaga pasar malam yang akan terkesan adalah Melayu dan Bumiputera.

Advertisement

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, satu memorandum akan diserahkan kepada pihak MBPG dalam tempoh terdekat.

Share this post

scroll to top