BM | EN | 中文

500 pelajar B40 DUN Seri Setia, Selangor terima bantuan alatan sekolah

500-pelajar-B40-DUN-Seri-Setia-Selangor-terima-bantuan-alatan-sekolah.jpg

Gambar Ehsan FB Halimey Abu Bakar

Advertisement

PETALING JAYA, 27 FEB: Seramai 500 pelajar keluarga berpendapatan rendah (B40) menerima bantuan peralatan sekolah daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, Halimey Abu Bakar.

Halimey berkata sumbangan itu membabitkan pemberian baucar pakaian bernilai RM35, beg sekolah serta alat tulis.

“Disebabkan pelajar prasekolah, tahun satu dan dua sudah dibenarkan kembali sekolah bermula 1 Mac depan, kita edarkan terus sumbangan ini supaya ibu bapa boleh membuat persediaan awal.

Advertisement

“Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban mereka lebih-lebih lagi ketika pandemik Covid-19 ini,” katanya, lapor SelangorKini.

Halimey berkata baucar bernilai RM35 itu boleh ditebus di cawangan Mydin berhampiran sehingga Mei depan.

“Bagi memudahkan ibu bapa, mereka hanya perlu membeli pakaian seragam dan kemudiannya beg dan alat tulis boleh diambil di kaunter khidmat pelanggan,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top