BM | EN | 中文

50 peratus kontraktor selenggara jalan raya bumiputera Johor akan gulung tikar di bawah sistem PN

Dzulkefly-Ahmad.jpg

Adun Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad

Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 JAN: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dilihat kembali mengamalkan sistem digunakan pakai pada zaman Barisan Nasional (BN) dalam pemilihan kerja-kerja penyelenggaraan jalanraya di negeri ini.

Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Sr Dzulkefly Ahmad berkata jika sistem konsesi yang diamalkan pada zaman kerajaan BN diamalkan kembali kerajaan PN Johor, maka tindakan tersebut akan menyukarkan kontraktor bumiputera untuk mendapatkan projek bagi kelangsungan operasi perniagaan mereka.

Bahkan katanya, dasar itu boleh menyebabkan kontraktor-kontraktor kecil bumiputera khususnya terpaksa gulung tikar.

Advertisement

Katanya di zaman Kerajaan BN dahulu kerja-kerja penyelengaraan jalan-jalan negeri telah diserahkan kepada konsesi Teto Sdn Bhd dan Amona Sdn Bhd manakala Infra Desa (Johor) Sdn Bhd (IDJ) menyelenggara jalan-jalan kampung.

Manakala kerja penyelenggaraan jalan persekutuan pula telah diberikan kepada konsesi Selia Selenggara Sdn. Bhd.

“Isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang adalah berkaitan dengan kesukaran kontraktor bumiputera dalam mendapatkan kerja terutamanya projek MARRIS dibawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Advertisement

“Ini ekoran daripada perlantikan Syarikat Safwa Global Sdn. Bhd. dalam mengendalikan projek MARRIS dibawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Johor dengan kerjasama Johor Centre For Construction Development Sdn Bhd (JCCD), iaitu anak syarikat milik kerajaan Johor.

“Kebimbangan kontraktor bumiputera adalah walaupun pengagihan dikatakan akan dibuat secara undian, sebut harga dan tender terbuka tetapi sistem pengagihan ini dibimbangi ketelusannya dalam memberikan keadilan kepada kontraktor-kontraktor bumiputera kerana ia dikendalikan oleh ‘syarikat konsesi’.

“Persatuan Kontraktor Bumiputera Klas F (PERKOBF) dalam petisyen menentang idea konsesi ini menyatakan lebih 3,000 kontraktor G1, G2, G3 dan G4 akan terjejas teruk sehingga mengakibatkan 50 peratus kontraktor akan gulung tikar,” katanya.

Advertisement

Beliau yang merupakan Adun Kota Iskandar turut menasihati kerajaan agar meneliti dan mengkaji semula kaedah dan sistem yang dilaksanakan ini agar ianya tidak lari daripada matlamat asal penubuhan kerjasama antara JCCD dengan Safwa Global Sdn. Bhd. serta fungsi JCCD iaitu untuk menghimpunkan kontraktor khususnya kontraktor bumiputera di bawah satu bumbung bagi proses pemilihan kontraktor kerajaan yang lebih telus disamping JCCD diberi mandat untuk membangunkan dan memperkasa kontraktor bumiputera agar berdaya saing.

“Kerajaan perlu menilai dan mengkaji semula dan ini penting bagi membantu kelangsungan operasi kontraktor-kontraktor bumiputera khususnya dalam mendapatkan kerja dalam keadaan ekonomi yang mencabar ini disamping mengelakan daripada peniagaan mereka terpaksa gulung tikar dan memberhentika pekerja-pekerja mereka”.

“Kita tidak mahu amalan kroni ini merebak dalam sistem pentadbiran negeri mahupun di peringkat pusat. Inilah yang akan membunuh kontraktor bumiputera di negeri ini,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top