BM | EN | 中文

50 kanak-kanak ‘bergembira’ sebelum dikhatankan

IMG-20191223-WA0016.jpg

Peserta yang menyertai Program Khatan Perdana Parlimen Tenggara : Mak..Adik Dah Bujang 2019, kelmarin.

Advertisement

Abrary (kiri) berucap pada Program Khatan Perdana Parlimen Tenggara : Mak..Adik Dah Bujang 2019, kelmarin.

JOHOR BAHRU, 24 DIS : Seramai 50 kanak-kanak diraikan di Tiram Indoor Watter Park, Today’s Mall Ulu Tiram sempena Program Khatan Perdana Parlimen Tenggara : Mak..Adik Dah Bujang 2019, kelmarin.

Penyelaras Dun Pasir Raja, Abrary Ramly berkata, program berkenaan pada asalnya dirancang diadakan di Air Terjun Kota Tinggi.

Katanya, namun terpaksa dipinda ke taman tema air tersebut kerana air terjun berkenaan berada dalam keadaan yang tidak memuaskan akibat bencana banjir yang melanda daerah ini.

Advertisement

“Program ini diadakan bertujuan membantu keluarga yang berada di dalam Parlimen Tenggara untuk mengkhatankan anak mereka dengan kos yang rendah.

“Kos yang perlu dibayar hanya berjumlah RM60 sahaja di mana seramai 50 orang kanak-kanak mengambil bahagian dalam acara ini dan akan dikhatankan oleh pegawai-pegawai kesihatan dari Hospital Kota Tinggi,”katanya pada majlis itu.

Beliau juga berterima kasih kepada Peghulu Mukim Ulu Sungai Johor, Azmir Mad Razuki selaku penganjur utama yang berusaha gigih dalam melaksanakan program tersebut.

Advertisement

Tambahnya, ucapan penghargaan juga diberikan kepada Tiram Indoor Water Park, Today’s Mall Ulu Tiram yang sudi menaja program itu serta tidak dilupakan kepada para penaja-penaja lain.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top