BM | EN | 中文

5 tempat makan ‘rare’ mesti cuba di Kota Tinggi! 

PhotoGrid_1579734455295.jpg
Advertisement

1. Restoran Belangkas Mahkota

Sebut sahaja Restoran Belangkas Mahkota siapa tidak kenal, lokasi bagi penggemar makanan eksotik itu dari dalam dan luar daerah ini yang sudah lebih 20 tahun beroperasi. Restoran yang terletak di bandar Kota Tinggi beroperasi setiap hari kecuali Jumaat dari jam 10 pagi hingga 3 petang menampilkan belangkas sebagai hidangan utama turut menyediakan pelbagai hidangan makanan laut lain termasuk siput gonggong, siput berogan, ikan sembilang dan lala.

Advertisement

2. Restoran Hasan Ong

Melalui namanya sahaja sudah tahu masakan di restoran ini

Advertisement

berasaskan masakan ala cina. Antara menu tarikan daging rusa masak blackpaper, sup sirip ikan Yu dan pelbagai lagi aneka masakan yang pasti membangkitkan selera. Restoran yang terletak berhadapan pejabat pentadbiran kerajaan bangunan Sultan Iskandar Kota Tinggi sentiasa menjadi tumpuan terutamanya warga daerah ini yang sudah tidak asing lagi.

3. Mee Sedili

Keunikan mee sedili gabungan kuah asam pedas ikan

Advertisement

bersama mee hun agak pelik bagi orang luar namun itulah makanan tradisi penduduk Tanjung Sedili. Mee sedili dikenali sebagai mee rebus dikalangan penduduk tempatan dimasak dengan menggunakan ikan Selayang, ikan Kembung dan ikan Pelaling hanya boleh didapati di Tanjung Sedili antaranya di Kedai Makan Resipi Ibu berhampiran Jambatan Mat Lazim. Mee yang dimakan dengan kuah asam pedas cair, sayur, seekor ikan rebus dan cili kicap jika sudah makan sekali pasti nak lagi!

4. Celop-celop 5A Tanjung Sedili

Advertisement

Penggemar makanan Pantai Timur kini tidak lagi perlu pergi jauh nun ke Terengganu atau Kelantan untuk merasai makanan berasaskan laut yang disalut tepung sebelum digoreng. Lebih istimewa Celop-celp 5A Tanjung Sedili yang terletak di Sedili Besar berhadapan dengan sekolah dan berhampiran masjid itu turut menyajikan sajian unik maggi telur sotong. Apa yang pasti sos pencicahnya yang enak membuatkan pengunjung teringat-teringat!

5. Sup belut Adinan Tom Yam

Advertisement

Belut dikatakan boleh membantu mengubati penyakit seperti lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan. Bercerita tentang belut pasti ada yang geli lebih-lebih lagi golongan wanita. Mungkin kerana bentuknya, namun tak ramai tahu khasiat yang tinggi yang ada pada belut. Rasa ‘segar’ sup belut boleh didapati Adinan Tom Yam terletak bersebelahan Petronas Taman Sri Saujana. Selain sup belut, pengunjung juga boleh merasai kelainan dengan mencuba masakan belut berlada yang dimasak menggunakan bahan herba antaranya seperti daun limau purut dan serai.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top