BM | EN | 中文

5 Series Yang Patut Anda Tonton Ketika PKP

Movie-Pilihan.jpg
Advertisement

Waktu-waktu sekarang ni memang pishang, ramai antara kita yang jadi bosan sebab duduk kat rumah 24 jam. Yela kau nak keluar ke mana ye tak. Semua kedai dengan tempat lepak tutup. Jadi mengadap tv 24 jam je la kerja nya. Jadi kami pun sempena PKP ni pun takde kerja lain, explore semua benda yang menarik untuk menghilangkan kebosanan.

Apa yang kami dapat ialah 5 series menarik yang anda boleh tonton di rumah, wajib kena ada internet sebab kebanyakan menggunakan platform streaming.

1. Money Heist (Netflix)
– Ini adalah antara siri yang paling popular sekarang ini. Start dari minggu lepas dah jadi viral kat Twitter sebab Season 4 dah nak keluar. Siri ni mengisahkan tentang plan rompakan besar besaran terhadap asset bank. Dengar macam cerita rompakan biasa kan, tapi yang ni memang rumit dan melibatkan plot plot cerita yang luar biasa. Sape minat plot yang ada trigger dan element surprise korang memang patut tengok ni. Siri ni disiarkan di Netflix dan dah masuk season ke empat! Memang wajib ah tengok.

Advertisement

Season – 1,2,3,4
Plot – 4 bintang
Lakonan – 4 bintang
Best giler!

 

2. Kingdom (Netflix) 
– Satu lagi siri Zombie yang diterbitkan! Punyalah banyak siri Zombie kat dunia ni tapi apa yang buat Kingdom ni lagi best dari yang lain? Ok first sekali sebab zombie ni asal dari korea. Zombie korea hensem bai. Hahaha. Ok tak, siri Kingdom ni melibatkan politik dalam istana Korea. Ianya melibatkan anak raja dan emak tiri merangkap permaisuri Korea tu sendiri yang bergaduh sama sendiri. Bermula dengan plot Raja Korea yang telah mati dan dihidupkan kembali menjadi Zombie serta mengakibatkan negara kena wabak tu. Time ni dah takde dah lagu lagu K-Pop, yang ada hanya raungan Zombie lari kejar BTS.

Advertisement

Season – 1 & 2
Plot – 4 bintang
Lakonan – 4 bintang
Best namati!

3. Westworld ( HBO Series)
– Salah satu siri yang mindblowing! Terpaksa tengok 2,3 kali semata mata nak paham citer ni dan dapatkan details details kecik yang ada. Kalau korang peminat citer citer Inception, Interstellar, siri ni memang wajib di tonton! Warning – kalau korang taknak pening jangan tengok siri ni. Haha

Season – 1,2 & 3
Plot – 4 bintang
Lakonan – 4 bintang
Dah paham korang ketagih!

Advertisement

 

 

4. The Grand Tour Seamen (Amazon Prime Video) 
– Bagi peminat siri siri kereta inilah rancangan yang wajib korang tonton. Siapa tak kenal Jeremy Clarkson. Dulu beliau buat siri bersama BBC yang dinamakan Top Gear kemudian lepas berpatah arang dengan BBC, diorang kerjasama pulak buat The Grand Tour. Grand Tour ni dah masuk season ke 3 dah, semua benua diorang dah teroka dan macam macam jenis kereta dah buat eksperimen. Dah tak tau nak buat apa gamaknya, diorang ni buatlah The Grand Tour Seamen. Jangan salah sangka, mini series yang ni pun unik gak sebab diorang bawak bot merentasi benua Asia. Macam macam peristiwa kelakar dan benda benda peliklah diorang ni buat, tak padan dengan tua. Btw siapa yang gemar series Top gear dan Grand Tour patut layan Seamen ni!

Advertisement

Mini Series
Plot – 4 bintang
Lakonan – Reality Entertainment
Kelakar weh macam Jackass!

 

5. The Boys( Amazon Prime Video)
– Bagi penggemar siri superheroes, siri ni terbalik sikit. Anti hero habis. Waktu ni dunia dah dipenuhi dengan superhero tapi malangnya hero hero semua hilang pedoman dan korup. Jadi penjenayah atau budak nakal membuat pakatan yang di beri nama ‘The Boys’ untuk bertindak terhadap geng kolar biru dan superhero yang korup ni! Memang lain storyline dia dan best untuk ditonton, yela superheroes manjang menang, fed up juga kan. Kita bagi anti hero pulak!

Advertisement

Season – 1
Plot – 3.5
Lakonan – 3.5
No more superheroes! We want badass!

 

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top