BM | EN | 中文

5 lapangan golf Malaysia tersenarai dalam 100 terbaik di Asia

Forest-City-Golf-Resort-Johor.jpg

Forest City Golf Resort, Johor

Advertisement

KUALA LUMPUR, 16 JUN: Lima lapangan golf di Malaysia berjaya tersenarai antara 100 Lapangan Golf Terbaik Asia 2021, menurut Tourism Malaysia.

Kelab golf tersebut ialah Tournament Players Club (TPC) Kuala Lumpur di tempat ke-21, diikuti The Els Club Teluk Datai, Langkawai (51), The Mines Resort & Golf Club, Selangor (73), Forest City Golf Resort, Johor (78) dan Kota Permai Golf & Country Club, Selangor di tempat ke-
79.

Antara kriteria penarafan tersebut ialah kesukaran melakukan pukulan, halangan untuk melakukan pukulan, kepelbagaian reka bentuk lapangan dan suasana di lapangan.

Advertisement

Pengarah Pejabat Tourism Malaysia di Guangzhou, Aaron Gan Chai Heng menerima anugerah pengiktirafan ranking bagi Malaysia pada majlis tahunan anjuran Golf Travel Magazine di Bandaraya Wanning, Wilayah Hainan, China, minggu lalu.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top