BM | EN | 中文

496 ketua kampung di Selangor dapat perlindungan insurans

Exco-Pembangunan-Luar-Bandar-dan-Kampung-Tradisi-Selangor-Borhan-Aman-Shah.jpg

Exco Pembangunan Luar Bandar & Kampung Tradisi dan Adat Istiadat Melayu, Kebudayaan & Warisan, Borhan Aman Shah menyerahkan manfaat bantuan khairat kematian kepada waris bekas ketua kampung di Kampung Sesapan Minangkabau, Beranang, Hulu Langat pada 29 Mac 2021 (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

HULU LANGAT, 30 MAC: Seramai 496 ketua kampung di negeri ini mendapat perlindungan insurans sejak diperkenal kerajaan Selangor tahun lalu.

Exco Pembangunan Luar Bandar dan Kampung Tradisi, Borhan Aman Shah berkata perlindungan termasuk kos rawatan di hospital akibat kemalangan.

“Jika mereka meninggal dunia akibat kemalangan pampasan yang diterima waris ialah RM15,000. Bagi kematian biasa pula layak menerima RM5,000.

Advertisement

“Selain itu, mereka juga menerima manfaat Kad Peduli Sihat. Kad ini untuk mereka menerima rawatan di klinik,” katanya, lapor SelangorKini.

Terdahulu, Borhan menyampaikan manfaat bantuan khairat kematian kepada waris ketua kampung di Kampung Sesapan Minangkabau di Beranang di sini, semalam.

Beliau juga turut menyampaikan bantuan yang sama di Kampung Jalan Kebun di Shah Alam.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top