BM | EN | 中文

489 kes baru Covid-19, majoriti penularan tempatan

covid-19-coronavirus.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 7 OKT: Hari ini 489 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 13,993 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, daripada 489 kes positif yang dilaporkan hari ini, 487 adalah kes penularan tempatan dan hanya dua kes import.

Tambah KKM tiada kematian dicatatkan hari ini menjadikan kes keseluruhan sehingga hari ini sebanyak 141 kes.

Advertisement

Terdapat 74 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 10,521 kes.

Sementara itu terdapat 40 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 13 orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 13,993 kes dengan 75.04 peratus kadar sembuh bersamaan 10,501 pesakit, manakala 141 kematian bersamaan 1.01 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 3,351 kes aktif pada kadar 23.95 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top