BM | EN | 中文

4,886 individu ditempatkan di 40 stesen kuarantin di Johor

kuarantin-rela-johor.jpg

Anggota RELA antara yang ditempatkan di Pusat Kuarantin di Johor (Gambar Ehsan Rela Negeri Johor)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 APR: Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, R. Vidyananthan berkata, seramai 4,886 penghuni telah ditempatkan di 40 buah stesen kuarantin di negeri ini semenjak 7 April sehingga 21 April.

Beliau memetik laporan harian Stesen Kuarantin Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) negeri ketika memaklumkan situasi Covid-19 di Johor, hari ini.

“Daripada jumlah terbabit, sebanyak 4,859 Individu Dalam Pemerhatian (PUS) dan 27 Individu Dalam Siasatan (PUI) telah ditempatkan di stesen-stesen kuarantin berkenaan,” kata Vidyananthan dalam

Advertisement

Katanya, pecahan daripada keseluruhan 4,886 pula melibatkan 4,783 daripadanya orang awam termasuk warga Malaysia yang bekerja di Singapura, 42 daripada kluster tabligh manakala 61 penghuni lagi melibatkan pelajar yang pulang ke Malaysia.

“Statistik harian juga menunjukkan penurunan individu di pusat kuarantin apabila hanya 4,886 individu direkodkan pada 21 April berbanding 5,292 pada 19 April lalu,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top