BM | EN | 中文

482 MANGSA BANJIR JOHOR DI LIMA DAERAH

jimmy-banjir.jpg

JOHOR BAHRU, 28 OKT: Seramai 482 mangsa banjir di Johor daripada 118 keluarga kini ditempatkan di sembilan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sehingga jam 8 malam tadi.

Angka tersebut mencatatkan penurunan berbanding 595 mangsa daripada 142 keluarga semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri Tan Chen Choon berkata, antara daerah terjejas termasuklah Batu Pahat, Pontian, Johor Bahru, Kulai dan Kluang.

Di Batu Pahat 16 mangsa ribut dari tiga keluarga ditempatkan di PPS SK Sungai Kajang, manakala daerah Pontian terdiri dari 88 mangsa dari 20 keluarga ditempatkan di PPS SK Melayu Raya.

Johor Bahru mencatatkan 26 mangsa banjir dari enam keluarga dan ditempatkan di Dewan SK Taman Daya 2.

Kulai menjadi daerah terbaru dilanda banjir dengan 207 mangsa banjir dari 46 keluarga ditempatkan di dua PPS, iaitu Masjid Al-Muhajirin Kg Melayu Bukit Batu dan Surau Kg Sam.

Manakala di daerah Kluang, 145 mangsa banjir dari 43 keluarga ditempatkan di empat PPS, iaitu Balai Raya Kg Parit Hj Hashim, Dewan Kg Kolam Air, Dewa Gabungan Besar Kg Shaari dan SK Seri Kg Tengah, Renggam.

Sehingga jam 8 malam tadi, satu PPS di daerah Kluang ditutup iaitu di Dewan Parit Hassan.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top