BM | EN | 中文

48 lagi ditahan ingkar arahan PKP di Johor semalam

Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 APRIL: Seramai 48 orang lagi telah ditahan di negeri ini semalam kerana melanggar arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan kerajaan sejak 18 Mac lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, jumlah keseluruhan individu ditahan sejak PKP bermula sehingga semalam adalah seramai 901 orang.

“Sehingga kini, seramai 261 orang telah didakwa di mahkamah atas kesalahan ingkar arahan PKP.

Advertisement

“Bermulanya fasa kedua PKP ini, polis akan mengambil tindakan lebih tegas kepada mana-mana individu yang ingkar dan tidak mematuhi arahan ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Arahan penguatkuasaan PKP telah dilaksanakan kerajaan bermula 18 Mac lalu sehingga 14 April ini dalam usaha mengawal penularan jangkitan Covid-19 di negara ini.

Advertisement

Tambah Ayob Khan, sehubungan itu pihaknya memohon kerjasama masyarakat supaya mematuhi arahan dikeluarkan pihak kerajaan.

Mana-mana pihak yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh hubungi talian Hotline Polis Johor iaitu 07-2212999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top