BM | EN | 中文

47 institusi swasta pendidikan agama belum berdaftar dengan JAINJ digesa patuh SOP COVID-19

tosrin-jarvanthi.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 NOV: Sebanyak 47 institusi swasta pendidikan agama di zon merah Johor Bahru, yang belum berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), digesa supaya turut mematuhi arahan menutup sementara institusi pendidikan masing-masing, mulai hari ini sehingga 14 Nov depan, susulan COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi berkata terdapat sebahagian daripada institusi pendidikan agama swasta ini yang antaranya merangkumi pusat tahfiz, sekolah agama persendirian, madrasah serta pondok mengaji, sedang dalam proses mendaftar.

“Jadi, kita mengharapkan kesemua 47 institusi ini supaya mengikut garis panduan ditetapkan JAINJ dan jika ingkar, JAINJ tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mereka,” kata Tosrin

Advertisement

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau Maahad Johor, di sini hari ini, susulan Johor Bahru diisytihar sebagai zon merah COVID-19, mulai 29 Okt (Khamis) lepas.

Tosrin berkata di Maahad Johor seramai 372 pelajarnya sudah dibenarkan pulang ke kampung halaman masing-masing.

Dalam pada itu, Tosrin berkata meskipun masjid dan surau di daerah ini tidak ditutup dan semua kegiatan pengimarahannya diteruskan seperti biasa, namun JAINJ mewajibkan pihak pengurusan agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Advertisement

“Setakat ini, tiada arahan terbaharu untuk menutup masjid atau surau dan jumlah kehadiran jemaah masih kekal iaitu mengikut 1/3 keluasan masjid atau surau,” katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top