BM | EN | 中文

450 usahawan didedahkan dengan teknologi IR 4.0

ashari.jpg

Pengarah Program INSKEN, Dr Izham Naquiddin Shah Arif Shah (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Ashari (tengah)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 FEB: Seramai 450 usahawan dari pelbagai industri di negeri didedahkan dengan teknologi berkaitan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0 menerusi Program INSKEN Business Outreach (IBO) 2020.

Pengarah Eksekutif Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB), Ashari Kasnan berkata, Johor merupakan siri jelajah keempat yang mana setakat ini seramai 1,286 usahawan telah terlibat dalam program itu.

“Program IBO 2020 mensasarkan untuk melatih 3,500 usahawan secara keseluruhan dan selepas Johor, empat lagi negeri akan dijelajah iaitu Kedah, Sabah, Kuala Terengganu dan Kelantan.

Advertisement

“Melalui IBO2020, usahawan diajar teknik dan cara yang betul untuk mencari, mengurus dan melonjakkan jualan menggunakan data pelanggan.

“Program seminar satu hari ini mendedahkan usahawan tentang penggunaan teknologi yang membentuk cara berniaga,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas menyempurnakan program itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini, hari ini.

Advertisement

Siri keempat yang diadakan di negeri ini dilaksanakan melalui hasil kolaborasi bersama Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPEN) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Ashari berkata, ujian Psikometrik (MyNept), Mind Setting oleh Fahdi Ghazali dan Ask the Expert antara program yang turut diadakan sepanjang seminar.

“Sebagai nilai tambah, sesi Biz Clinic juga diadakan bagi memberi peluang kepada usahawan mendapatkan khidmat rundingan perniagaan dari Biskunselor INSKEN dan juga sesi temuduga bagi pencarian Biskaunselor baru,” katanya.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top