BM | EN | 中文

4,371 kes denggi di negeri Johor sehingga 6 Jun

demam-denggi-nyamuk-aedes.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 JUN: Sebanyak 4,371 kes denggi di negeri Johor sehingga 6 Jun 2020, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan.

Katanya daerah paling tinggi yang dilaporkan kes adalah daerah Johor Bahru (80.7 peratus), diikuti daerah Kluang (3.6 peratus), Kulai (3.3. peratus), Segamat (3.3 peratus), Batu Pahat (2.6 peratus), Mersing (2.3 peratus), Kota Tinggi (1.3 peratus), Muar (1.2 peratus), Pontian (0.9 peratus) dan Tangkak (0.9 peratus).

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 2,099 kes atau 48 peratus adalah dari lokaliti wabak denggi.

Advertisement

“Jumlah terkumpul lokaliti wabak di Negeri Johor sehingga kini adalah 605,” kata Vidyananthan dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau terdapat 61 lokaliti wabak denggi yang masih aktif dilaporkan iaitu di daerah Johor Bahru (56 lokaliti), Kluang (4 lokaliti) dan Mersing (1 lokaliti).

Sebanyak 18 kematian akibat denggi dilaporkan sehingga kini pada tahun ini. Sebanyak 12 atau bersamaan 66.7 peratus mangsa kematian melibatkan mereka di dalam umur yang produktif 20 hingga 59 tahun.

Advertisement

“Hal ini merupakan sesuatu yang membimbangkan. Penyumbang utama kematian masih merupakan faktor kelewatan mendapat rawatan.

“Dengan itu diingatkan agar sesiapa yang mempunyai gejala seperti, demam, sakit kepala, sakit badan dan sendi serta ruam-ruam di badan, perlu segera mendapatkan rawatan di klinik yang berhampiran,” tambah beliau lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top