BM | EN | 中文

432 kes baru Covid-19 hari ini, tertinggi pernah dicatat

432.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 5 OKT: Sebanyak 432 kes baru Covid-19 dicatatkan hari ini, sekali gus menjadikannya angka paling tinggi pernah dicatat sejak wabak itu melanda Malaysia.

Ia menjadikan kes keseluruhan setakat ini sebanyak 12,813 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, 429 kes positif yang dilaporkan adalah kes penularan tempatan dan hanya tiga kes import.

Advertisement

Terdapat 57 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 10,340 kes.

Sementara itu terdapat 32 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan lapan orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 12,813 kes dengan 80.70 peratus kadar sembuh bersamaan 10,340 pesakit, manakala 137 kematian bersamaan 1.07 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 2,336 kes aktif pada kadar 18.23 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top