BM | EN | 中文

43 PERATUS KES KANSER PAYUDARA DIDIAGNOSIS LEWAT

azimah.jpg
Advertisement

PONTIAN, 7 OKT: Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati 43 peratus daripada keseluruhan kes kanser payudara yang dikesan didiagnosis pada tahap lewat iaitu pada tahap ketiga dan keempat.

Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) negeri, Dr Azimah Ahmad berkata, oleh itu, golongan wanita di negeri ini perlu memanfaatkan program subsidi pemeriksaan mammogram percuma yang disediakan LPPKN.

Antara mereka yang hadir dalam program jelajah MARI

Menurutnya, LPPKN Johor menyediakan kaunter pendaftaran ujian mamogram secara percuma bagi mereka yang berpendapatan isi rumah kurang RM10,000.

Advertisement

“Selepas pendaftaran, ujian mamogram  akan diadakan di pusat mamogram yang berdaftar dengan LPPKN negeri Johor, iaitu di KPJ Puteri dan KPJ Muar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program jelajah MARI (Mesra, Aktiviti, Riadah dan informatif) daerah Pontian di Dewan Orang Ramai Ayer Baloi, di sini, semalam.

Hadir sama; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Liow Cai Tung selain pemimpin masyarakat setempat.

Advertisement

Jelas Azimah lagi, kanser payudara merupakan antara kanser penyebab utama kematian di kalangan wanita.

“Ujian mamogram perlu dilakukan oleh wanita yang berusia 40 tahun keatas.

“Melalui ujian ini, pengesanan awal kanser payudara boleh dikesan dengan lebih awal,” katanya lagi.

Advertisement

 

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top