BM | EN | 中文

42 penduduk di Kempas diarah kosongkan rumah ekoran tanah runtuh

tanah-runtuh-kempas-JB.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 12 JAN: Seramai 42 penduduk yang mendiami 12 rumah di Jalan Bukit Kempas 1/4, Taman Bukit Kempas di sini, diarah untuk mengosongkan kediaman mereka semalam selepas berlaku kejadian tanah runtuh di kawasan perumahan mereka.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Larkin TPgB I Suhaimi Jamal berkata, kejadian yang dipercayai berlaku akibat kebocoran paip air tangki milik Ranhill SAJ Sdn Bhd, dilaporkan kepada pihaknya pada 6.37 pagi tadi.

“Susulan laporan, satu pemeriksaan dibuat dan mendapati satu saliran paip air bersaiz lapan inci pecah di atas tebing jalan berkenaan.

Advertisement

“Sehubungan itu, bomba terpaksa mengarahkan penduduk berhampiran dengan tanah runtuh untuk mengosongkan kediaman masing-masing, bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya, lapor Bernama.

Katanya runtuhan tersebut hanya berjarak kira-kira 10 meter daripada kawasan kediaman penduduk dan oleh itu, kerja-kerja pembersihan sedang giat dilakukan pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Ranhill SAJ.

“Dalam masa sama, agensi lain seperti Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Jabatan Kerja Raya (JKR), turut dimaklumkan mengenai kejadian bagi membolehkan mereka mengambil tindakan lanjut.

Advertisement

“Kita juga telah mengarahkan kerja-kerja penebangan pokok di kawasan terbabit dihentikan sementara, bagi memastikan tiada pengaliran air berlaku di kawasan terlibat,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top