BM | EN | 中文

Bot karam, Maritim selamatkan sembilan kru Indonesia

Bot-karam-Maritim-selamatkan-sembilan-kru-Indonesia.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 7 DIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Johor berjaya menyelamatkan sebuah bot barter trade kendalian sembilan kru warga Indonesia daripada karam di perairan Tanjung Pungai, Kota Tinggi, Johor pada 11 pagi Ahad.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru telah menerima maklumat mengenai insiden sebuah bot asing yang dimasuki air susulan mengalami cuaca buruk di kawasan berkenaan.

Jelasnya, bot ronda Perkasa 30 milik Maritim Malaysia digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan daripada Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS).

Advertisement

“Sebelum kejadian, bot barter trade itu sedang dalam pelayaran membawa muatan bekalan menuju ke Pulau Natuna dari Singapura.

“Kesemua kru yang berumur antara 19 hingga 48 tahun telah diselamatkan dan dibawa ke Pejabat Zon Maritim Tanjung Sedili bagi urusan penyerahan kepada Konsulat Indonesia di Johor Bahru,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, Maritim Malaysia turut menasihatkan kepada komuniti maritim agar sentiasa berhati-hati dan memakai jaket keselamatan sewaktu berhadapan cuaca buruk di laut.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top