BM | EN | 中文

411 maahad tahfiz di Selangor terima manfaat bantuan MAIS

411-maahad-tahfiz-terima-manfaat-bantuan-MAIS.jpg

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (tengah) menyerahkan cek cura bernilai RM100,000 kepada Pengerusi Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (Pitas) Muhamad Hafiz Muhamad Haneefa (kanan) pada 4 Mac 2021 (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 5 MAC: Sebanyak 411 maahad tahfiz di bawah Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (Pitas) menerima manfaat hasil sumbangan RM100,000 daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Setiausaha MAIS, Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata bantuan menerusi peruntukan baitulmal diberikan kepada persatuan tersebut selaku penggerak utama institusi tahfiz Al-Quran persendirian di negeri ini.

“Mais berharap sumbangan disalur dapat membantu maahad tahfiz menyediakan kemudahan pembelajaran yang sempurna,” katanya, lapor SelangorKini.

Advertisement

Beliau berkata, pemilihan penerima berdasarkan permohonan Pitas bagi membantu menaik taraf kemudahan infrastruktur pembinaan bangunan mengikut ketetapan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sementara itu, Pengerusi Pitas Muhammad Hafiz Muhammad Haneefa berkata sumbangan berkenaan dapat membantu menaik taraf kemudahan maahad tahfiz terlibat di bawah seliaanya.

Bantuan itu disampaikan Pengerusi Mais, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf kepada Muhammad Hafiz semalam.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top