BM | EN | 中文

41 pelajar terselamat bas dinaiki terlibat kemalangan dengan kereta

IMG-20200110-WA0029.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 JAN: Seramai 41 pelajar terselamat selepas bas dinaiki mereka terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah kereta di Taman Sutera, di sini pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan II Lasidin Nariano berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada jam 6.18 pagi.

Katanya, seramai 10 anggota dengan sebuah jentera dan kenderaan EMRS dihantar ke lokasi kejadian.

Advertisement

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian didapati benar berlaku kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah bas sekolah dan sebuah Proton Preve.

“Terdapat seorang mangsa tersepit iaitu pemandu kereta. Mangsa mengalami kecederaan parah.

“Bagaimanapun pemandu serta murid seramai 41 orang di dalam bas tidak mengalami kecederaan. Pasukan Tindakan Operasi (PTO) bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas Road Traffic Accident (RTA),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisement

Tambahnya, mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) menggunakan jentera EMRS dan operasi ditamatkan jam 7.34 pagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top