BM | EN | 中文

398 majikan di Johor mohon pemberhentian, pemotongan gaji lebih 15,000 pekerja

pekerja_expat.com_.png

Gambar HIasan. Ehsan expat.com/

Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 APR: Sebanyak 398 majikan di negeri Johor telah membuat permohonan pemberhentian dan pemotongan gaji dengan jumlah anggaran pekerja seramai 15,597 orang bagi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perkara itu didedahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Johor, R. Vidyananthan dalam satu kenyataan media hari ini.

“Sepanjang pelaksanaan PKP, pihak jabatan telah merekodkan sebanyak 398 majikan yang telah membuat permohonan pemberhentian dengan jumlah anggaran pekerja seramai 15,597 orang,” katanya.

Advertisement

Menurutnya, pecahan permohonan melibatkan jumlah pekerja adalah seperti beikut : Pemberhentian Tetap (1,443), Pemberhentian Sukarela (180), Pemberhentian Sementara (2,864) dan Pengurangan Gaji (11,110).

“Selaras dengan Seksyen 63 Akta Kerja 1955, pihak majikan diwajibkan untuk mengemukakan sebarang penyata perihal pekerja sama ada pengambilan atau pemberhentian pekerja melalui Borang PK,” kata Vidyananthan.

Tambahnya, bagi memastikan majikan mematuhi peraturan semasa PKP, Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor telah mewujudkan Skuad Khidmat Cepat (SKC) dalam pengendalian aduan secara bersama dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP)

Advertisement

Antara langkah diambil termasuk menghubungi majikan yang diadu bagi memberi nasihat untuk mematuhi Akta 342 selaras FAQ KSM yang diedarkan kepada orang ramai pada 19 Mac 2020.

Menurut kenyataan itu lagi, jika majikan masih gagal untuk mematuhi arahan tersebut, Pasukan Petugas Khas (PPK) hendaklah memanggil majikan untuk hadir ke pejabat bagi tujuan pematuhan arahan yang dikuatkuasa.

Dalam pada itu, sekiranya majikan masih ingkar arahan, Pasukan Petugas Khas (PPK) dikehendaki membuat lawatan ke atas premis majikan dan jika perlu boleh melibatkan pihak Polis Diraja Malaysia dalam menguatkuasakan Akta 342.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top