BM | EN | 中文

39 pasangan kakitangan Media Selangor terima vaksin menerusi program Selvax

media-selangor-vaksin-pasangan.jpg

Salah seorang kepada pasangan kakitangan Media Selangor, Noor Hafizah Mohamed Jaimi selepas menerima vaksin dalam program Vaksin Selangor (Selvax) Industri di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya pada 20 Julai (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 20 JUL: Seramai 39 pasangan kakitangan Media Selangor hari ini menerima vaksin menerusi program Vaksin Selangor (Selvax) Industri di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya.

Ketua pegawai kejururawatan Selgate Healthcare, Shazana Aimi Kamarudin berkata inisiatif dilakukan syarikat media itu dengan memberi vaksin kepada pasangan petugasnya wajar dicontohi pihak lain.

“Usaha yang diambil Media Selangor bagus dan tanggungjawab bersama dalam menghentikan penularan Covid-19.

Advertisement

“Ini kerana kakitangan bukan sahaja berkomunikasi dengan individu di pejabat tetapi juga di rumah,” kata Shazana, lapor SelangorKini.

Beliau berkata pendaftaran syarikat yang berminat menyertai program Selvax masih lagi dibuka.

“Setakat ini 50,000 syarikat telah berdaftar dan kita berharap lebih banyak lagi pengusaha tampil untuk mengekang penularan Covid-19,” katanya.

Advertisement

Pada 8 Julai, pengurusan Media Selangor memaklumkan semua warga kerjanya menerima vaksin menerusi program Selvax Industri dalam usaha mempercepatkan proses berkaitan.

Selain kakitangan, pihak pengurusan juga bersetuju suntikan sama diberi kepada pasangan mereka dengan kos ditanggung sepenuhnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top