BM | EN | 中文

370 MANGSA BANJIR MERSING, KOTA TINGGI DITEMPATKAN DI LAPAN PPS

banjir.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 DIS: Banjir kembali melanda negeri ini menjejaskan 370 orang mangsa daripada daerah Kota Tinggi dan Mersing berikutan hujan yang berterusan sejak beberapa hari lalu dan pertembungan air laut pasang, sehingga jam 11 pagi tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor, sebanyak lapan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di dua daerah tersebut, menempatkan 105 keluarga yang terjejas.

Di daerah Kota Tinggi, seramai 206 mangsa daripada 57 keluarga di tempatkan di SK Sedili Besar, Dewan Kg Baru Sg Mas, SK Sedili Kecil dan Surau Kg Singapura.

Advertisement

Manakala di Mersing, seramai 164 mangsa daripada 48 keluarga di tempatkan di SK Tenglu, SK Mersing Kanan, SK Air Papan dan SK Bandar Endau menurut kenyataan tersebut, hari ini.

Di daerah Kota Tinggi, mangsa yang terlibat daripada Kampung Bukit, Kampung Baru Sungai Mas, Kampung Singapura dan kawasan Tanjung Sedili.

Manakala di Mersing, mangsa banjir yang terjejas daripada Kampung Tenglu, Kampung Sri Lumpur, Kampung Air Papan, Kampung Sungai Padang dan Kampung Air Tawar.

Advertisement

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ashmon Bajah berkata antara jalan utama yang dinaiki air termasuklah di KM47 – 48 Jalan Johor Bahru – Mersing, KM53 Jalan Johor Bahru – Mersing (berhampiran kilang sawit kim loong), KM61 Jalan Johor Bahru – Mersing dan KM 81 Jalan Johor Bahru – Mersing (berhampiran Felcra Sungai Ara).

“Walau bagaimanapun, kesemua jalan ini masih boleh dilalui oleh kenderaan di satu laluan di jalan berkenaan,” katanya.

Supt Ashmon berkata manakala di KM42 Jalan Lok Heng – Mawai, jalan tersebut hanya boleh dilalui lori berikutan terjejas dengan kenaikan air.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top