BM | EN | 中文

37 pelajar UPSR dan PT3 terima anugerah

IMG-20200111-WA0014.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 JAN: 37 pelajar Program Bantuan Yayasan Eco World di Zon Selatan menerima anugerah di Majlis Anugerah Kecemerlangan UPSR dan PT3 2019 Program Bantuan Pelajar Eco World di sini, pagi tadi.

32 daripadanya merupakan pelajar UPSR manakala selebihnya pelajar PT3.

Pengerusi Yayasan Eco World, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, anugerah ini merupakan insentif kepada pelajar untuk terus cemerlang.

Advertisement

“Penerima anugerah ini akan menerima sejumlah wang tunai mengikut kategori paling cemerlang, cemerlang dan prestasi paling meningkat.

“Pelajar UPSR menerima wang tunai sebanyak RM300, RM200 dan RM150 mengikut kategori anugerah manakala pelajar PT3 pula menerima wang tunai sebanyak RM500, RM400 dan RM250 mengikut kategori anugerah,” katanya.

Bercakap mengenai Program Bantuan Pelajar Eco World, Lee berkata program Bantuan Pelajar Eco World merupakan program utama Yayasan Eco World.

Advertisement

“Tanpa mengira perbezaan kaum dan agama, program ini membantu pelajar daripada golongan berpendapatan rendah.

“Bantuan yang disalurkan bukan sahaja kepada pelajar sekolah rendah, ianya juga disambung ke tahap pendidikan sekolah menengah dan pengajian tinggi,” tambahnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top