BM | EN | 中文

36,000 keluarga mangsa banjir Selangor terima bantuan RM1,000

Amirudin-Shari.jpg

Gambar Ehsan SelangorKini

ISKANDAR PUTERI, 16 JAN: Seramai 36,000 ketua isi rumah (KIR) di Selangor telah menerima bantuan RM1,000, menerusi inisiatif Selangor Bangkit yang bermula akhir Disember lalu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata pihaknya menjangkakan bilangan KIR yang akan menerima bantuan tersebut bakal mencecah 40,000 pada minggu hadapan, menjadikan jumlah bantuan yang disalurkan berjumlah RM40 juta.

Amirudin dilaporkan SelangorKini berkata, sebanyak 11,194 KIR yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor telah menerima bantuan berkenaan.

“Angkanya terus berterusan sekarang.. kita sedang buat pendaftaran rumah ke rumah, bancian sedang dilakukan, bila kita dapat kita bagi dalam tempoh seminggu.

“Sebelum ini kita sasar 30,000 keluarga sahaja, tetapi hari ini sahaja dah 36,000 dan ada lagi pendaftaran masuk.

Jadi, kita buka pendaftaran sampai 31 Januari dan mungkin kita akan tunggu pendaftaran itu sebab ia memerlukan proses semakan dan sebagainya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Johorkini

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top